Isnin, 4 April 2016

SINOPSIS SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG



Novel Seorang Tua di Kaki Gunung mengisahkan persoalan jurang generasi antara golongan tua yang mempunyai sikap yang keras dalam mempertahankan pendiriannya iaitu pendirian tradisinya dan cuba dipertahankan hingga ke akhir hayatnya namun ternyata sukar kerana bertentangan dengan golongan muda yang mempunyai pendirian moden yang sukar pulanya diterima oleh golongan tua.. Melalui watak Tukya, Azizi cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang teguh mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu.
Konflik mulai timbul apabila Fikri Fatimah Farid  mulai mencaci kehidupan dan rumah Tukya di Gunung Bongsu itu. Bagi Tukya Fikri telah lupa akan asal usulnya menyebabkan dia berasa sedih kerana kehidupannya yang miskin membuatkan anak serta cucunya tidak minat untuk balik berkunjung ke Gunung Bongsu itu. Walaubagaimanapun berbeza dengan Leman, cucunya yang seorang ini dilihat lebih rapat dengan Tukya kerana dia merasakan bahawa Lamin mememiliki jiwa seperti Tukya yang gemar dengan kehidupan di Gunung .Namun malang tidak berbau apabila, Tukya yang membawa Lamin mencari manisan di kawasan Gunung Bongsu  telah disengat lebah manakala Lamin sempat melarikan diri. Habis seluruh badan Tukya disengat dengan lebah hingga bengkak. Semasa di hospital, Tukya lebih merasakan malu bila dikatakan dirinya telah tua kerana hakikat itu sukar diterima oleh Tukya, tambahan Fatimah dan Farid yang sering menyindir serta menghina kehidupan Gunung Bongsu dan keadaan rumahnya yang buruk. Maka dengan itu, bagi membuktikan kepada anak cucunya Tukya dengan nekad ingin membina sebuah rumah baru dengan sendirinya bagi mengganti rumah buruk yang sering mendapat cacian anak cucunya. Walaubagaimanapun sekali lagi malang tidak berbau, dengan perasaan yang amat sedih Tukya tetap ingin menebang cengal batu itu, lantas ketika hendak tersembam cengal batu itu kaki Tukya telah terlekat pada belitan akar simpanan air menyebabkan pahanya tertindih. Kesakitan yang dirasakan Tukya amat pedih sehinggakan Tukya menyuruh isterinya untuk menggergaji pahanya namun tidak berjaya yang akhirnya menyaksikan kematian Tukya yang penuh tragis dan mengerikan bersama impiannya yang belum tercapai.
Seorang Tua Novel ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’ merupakan karya terkenal beliau suatu ketika dulu. Mutu novel ini dijanjikan amat menarik sehinggakan ia pernah menjadi naskhah wajib pelajar tingkatan lima yang mahu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Karya beliau sentiasa hidup di hati kita dan merentasi masa daripada satu generasi ke satu generasi.. Nilai novel ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’ ini telah dianggap sebagai salah satu novel Malaysia Pilihan Abad ke-20 yang akhirnya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Bahasa Inggeris oleh Thaiyibah Sulaiman dengan judul The Old Man of the Foot of the Mountion serta turut diterjemahkan ke Bahasa Jepun oleh Dr. Fujimorai dan Tahiyibah Sulaiman.


Sumber Rujukan:


Azizi Haji Abdullah, (1984). Seorang Tua di Kaki Gunung Tua. Kuala
      Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hasan, (2009). Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon
       Ahmad. Perak: Universiti Sains Malaysia
.

Sahlan Mohd Saman, (1984). Ulasan Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala
       Lumpur Penerbitan Tratra
.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, (2006). Pertentangan Nilai
        dan Psikologi 
Orang Tua Dalam Seorang Tua di Kaki Gunung. Jurnal
   Pengajian Melayu
.17. Dimuat turun www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=72377

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    Boleh saya tahu, karya ini tergolong sebagai teater jenis apa ya? Maksud saya adakah ia tradisional atau moden.

    BalasPadam
  2. Semangat yang ditunjukkan oleh Tukya memberi banyak pengajaran .

    BalasPadam
  3. Novel ini membuatkan saya minat kepada sastera melayu..novel yg menyebabkan saya lulus penuh spm 1986 dan berjaya menjadi penjawat awam.novel terbaik pernah saya baca.

    BalasPadam
  4. Novel sastera melayu yang menyebabkan saya lulus penuh spm tahun 1987.Dua novel terbaik yang minat saya baca seorang tua di kaki gunung dan malim deman (7 puteri kayangan.kisah cinta putera malim deman dgn puteri bongsu kayangan.novel seorang tua dikaki gunang begitu sedih kesudahnya.mengajar bagaimana seorang ayah tua yang merindui kasih sayang anak dan cucunya dan mempertahankan pendiriannya.tahun yang sama saya masih ingat novel malim deman kisah cintanya terhadap puteri bongsu sehingga sanggup melalui segala rintangan utk terbang kekayangan mencari isteri dan putera kesayangan.Saya peminat novel sastera melayu sehingga sekarang.Novel terbaik yang perna saya baca dalam hidup.

    BalasPadam