Novel Seorang Tua di Kaki Gunung mengisahkan persoalan jurang generasi antara golongan tua yang mempunyai sikap yang keras dalam mempertahankan pendiriannya iaitu pendirian tradisinya dan cuba dipertahankan hingga ke akhir hayatnya namun ternyata sukar kerana bertentangan dengan golongan muda yang mempunyai pendirian moden yang sukar pulanya diterima oleh golongan tua.. Melalui watak Tukya, Azizi cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang teguh mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu.
Konflik
mulai timbul apabila Fikri Fatimah Farid mulai mencaci
kehidupan dan rumah Tukya di Gunung Bongsu itu. Bagi Tukya Fikri
telah lupa akan asal usulnya menyebabkan dia berasa sedih kerana kehidupannya
yang miskin membuatkan anak serta cucunya tidak minat untuk balik berkunjung ke
Gunung Bongsu itu. Walaubagaimanapun berbeza dengan Leman, cucunya yang seorang
ini dilihat lebih rapat dengan Tukya kerana dia merasakan bahawa Lamin
mememiliki jiwa seperti Tukya yang gemar dengan kehidupan di Gunung .Namun
malang tidak berbau apabila, Tukya yang membawa Lamin mencari manisan di
kawasan Gunung Bongsu telah disengat
lebah manakala Lamin sempat melarikan diri. Habis seluruh badan Tukya disengat
dengan lebah hingga bengkak. Semasa di hospital, Tukya lebih merasakan malu
bila dikatakan dirinya telah tua kerana hakikat itu sukar diterima oleh Tukya,
tambahan Fatimah dan Farid yang sering menyindir serta menghina kehidupan
Gunung Bongsu dan keadaan rumahnya yang buruk. Maka dengan itu, bagi
membuktikan kepada anak cucunya Tukya dengan nekad ingin membina sebuah rumah
baru dengan sendirinya bagi mengganti rumah buruk yang sering mendapat cacian
anak cucunya. Walaubagaimanapun sekali lagi malang tidak berbau, dengan
perasaan yang amat sedih Tukya tetap ingin menebang cengal batu itu, lantas
ketika hendak tersembam cengal batu itu kaki Tukya telah terlekat pada belitan
akar simpanan air menyebabkan pahanya tertindih. Kesakitan yang dirasakan Tukya
amat pedih sehinggakan Tukya menyuruh isterinya untuk menggergaji pahanya namun
tidak berjaya yang akhirnya menyaksikan kematian Tukya yang penuh tragis dan
mengerikan bersama impiannya yang belum tercapai.
Seorang
Tua Novel ‘Seorang Tua di Kaki Gunung’ merupakan karya terkenal beliau suatu ketika dulu. Mutu novel ini dijanjikan amat menarik sehinggakan ia pernah menjadi naskhah wajib pelajar tingkatan lima yang mahu mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Karya beliau sentiasa hidup di hati
kita dan merentasi masa daripada satu generasi ke satu generasi.. Nilai novel
‘Seorang Tua di Kaki Gunung’ ini telah dianggap sebagai salah satu novel Malaysia
Pilihan Abad ke-20 yang akhirnya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Bahasa Inggeris oleh Thaiyibah Sulaiman dengan judul The Old
Man of the Foot of the Mountion serta turut diterjemahkan ke Bahasa Jepun
oleh Dr. Fujimorai dan Tahiyibah Sulaiman.
Sumber Rujukan:
Azizi Haji Abdullah, (1984). Seorang Tua di Kaki Gunung Tua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Hasan, (2009). Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon
Ahmad. Perak: Universiti Sains Malaysia.
Sahlan Mohd Saman, (1984). Ulasan Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala
Lumpur Penerbitan Tratra.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, (2006). Pertentangan Nilai
dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua di Kaki Gunung. Jurnal
Pengajian Melayu.17. Dimuat turun www.myjurnal.my/public/article-download.php?id=72377
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
BalasPadamBoleh saya tahu, karya ini tergolong sebagai teater jenis apa ya? Maksud saya adakah ia tradisional atau moden.
Semangat yang ditunjukkan oleh Tukya memberi banyak pengajaran .
BalasPadamNovel ini membuatkan saya minat kepada sastera melayu..novel yg menyebabkan saya lulus penuh spm 1986 dan berjaya menjadi penjawat awam.novel terbaik pernah saya baca.
BalasPadamNovel sastera melayu yang menyebabkan saya lulus penuh spm tahun 1987.Dua novel terbaik yang minat saya baca seorang tua di kaki gunung dan malim deman (7 puteri kayangan.kisah cinta putera malim deman dgn puteri bongsu kayangan.novel seorang tua dikaki gunang begitu sedih kesudahnya.mengajar bagaimana seorang ayah tua yang merindui kasih sayang anak dan cucunya dan mempertahankan pendiriannya.tahun yang sama saya masih ingat novel malim deman kisah cintanya terhadap puteri bongsu sehingga sanggup melalui segala rintangan utk terbang kekayangan mencari isteri dan putera kesayangan.Saya peminat novel sastera melayu sehingga sekarang.Novel terbaik yang perna saya baca dalam hidup.
BalasPadam